Pages

Thursday, February 16, 2012

Sabah dijangka terima pelaburan RM77.5 bilion

   NAJIB   sambil diperhatikan Musa  (tiga dari kiri)  menyodok tanah sebagai simbolik pelancaran projek SAMUR di Kampung Banting, Sipitang, semalam.
NAJIB sambil diperhatikan Musa (tiga dari kiri) menyodok tanah sebagai simbolik pelancaran projek SAMUR di Kampung Banting, Sipitang, semalam.
KOTA KINABALU: Sabah dijangka menerima 31 Projek Permulaan (EPP) dengan unjuran pelaburan mencecah RM77.5 bilion menjelang 2020, sekali gus menjana peningkatan RM35.5 bilion terhadap Pendapatan Negara Kasar (GNI) selain menyediakan sekurang-kurangnya 150,000 peluang pekerjaan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, kajian Makmal Koridor dan Bandar Utama Bagi Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan Greater Kota Kinabalu mendapati ia bakal memberi impak positif, sekali gus melonjakkan pertumbuhan ekonomi Sabah kepada purata 9 peratus setahun dan berupaya meningkatkan taraf ekonomi rakyat Sabah.
“Kerajaan komited menzahirkan matlamat ditetapkan menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) dalam usaha memantapkan kedudukan negara sebagai antara ekonomi utama Asia,” katanya berucap melancarkan Hari Terbuka SDC – Program Koridor dan Bandar Utama di Magellan Sutera Harbour Resort di sini, semalam.
Kerajaan komited zahirkan matlamat ditetapkan menerusi ETP dalam usaha memantapkan kedudukan negara sebagai antara ekonomi utama Asia. - Najib Razak, Perdana Menteri
Di SIPITANG, Najib berkata, janji pembangkang menaikkan royalti minyak kepada 20 peratus untuk Sabah mustahil dilaksana kerana peningkatan royalti kepada satu negeri dengan sendirinya menjejaskan peruntukan lain.

Menyifatkannya gimik pilihan raya, Najib berkata, royalti minyak tidak boleh diagih berasingan, sebaliknya perlu dilihat dalam konteks menyeluruh dengan mengambil kira pendapatan negara dan peratusan diagih kepada Sabah serta negeri lain bagi program pembangunan.

Wednesday, February 15, 2012

Najib mulakan lawatan dua hari ke Sabah

SIPITANG: Datuk Seri Najib Razak tiba hari ini untuk lawatan dua hari ke Sabah. Antara atur cara Perdana Menteri ialah merasmikan majlis pecah tanah projek Sabah Ammonia Urea (SAMUR) bernilai RM4.5 bilion, di sini. 

Beliau kemudian berlepas ke Kota Kinabalu bagi melancarkan Hari Terbuka Koridor Pembangunan Sabah - Program Koridor dan Bandar Raya Serantau


Perdana Menteri juga dijadual mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.
Pada petangnya Najib akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin Barisan Nasional Sabah. - BERNAMA

Friday, February 3, 2012

Ops Nyah Sabah Daerah Papar

Ops Nyah Sabah Daerah Papar. Satu operasi dijalankan di Daerah Papar oleh PDRM dengan bantuan anggota RELA telah berjaya menangkap seramai 55 orang PTI di kawasan Kimanis, Papar. Operasi yang bermula jam 3 pagi ini berakhir pada jam 6 pagi. Operasi diketuai oleh seorang pegawai dan 30 anggota.

Wednesday, February 1, 2012

Sabah luluskan Pelan Induk Perparitan Putatan

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah meluluskan Pelan Induk Perparitan Putatan yang merangkumi pelbagai strategi bagi mengelak berlakunya banjir kilat di daerah itu yang terletak di pinggiran bandaraya Kota Kinabalu. 

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin, berkata pejabat daerah Putatan kini hanya menunggu peruntukan kerajaan bagi melaksanakan pelan induk berkenaan.
"Mungkin ia mengambil masa sedikit kerana kerajaan juga mempunyai keutamaan dalam melaksanakan pelbagai projek pembangunan sistem perparitan di daerah lain di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Tahun Baru Cina SJK (C) Hwa Shiong, Putatan dekat sini, hari ini.