Pages

Thursday, February 16, 2012

Sabah dijangka terima pelaburan RM77.5 bilion

   NAJIB   sambil diperhatikan Musa  (tiga dari kiri)  menyodok tanah sebagai simbolik pelancaran projek SAMUR di Kampung Banting, Sipitang, semalam.
NAJIB sambil diperhatikan Musa (tiga dari kiri) menyodok tanah sebagai simbolik pelancaran projek SAMUR di Kampung Banting, Sipitang, semalam.
KOTA KINABALU: Sabah dijangka menerima 31 Projek Permulaan (EPP) dengan unjuran pelaburan mencecah RM77.5 bilion menjelang 2020, sekali gus menjana peningkatan RM35.5 bilion terhadap Pendapatan Negara Kasar (GNI) selain menyediakan sekurang-kurangnya 150,000 peluang pekerjaan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, kajian Makmal Koridor dan Bandar Utama Bagi Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan Greater Kota Kinabalu mendapati ia bakal memberi impak positif, sekali gus melonjakkan pertumbuhan ekonomi Sabah kepada purata 9 peratus setahun dan berupaya meningkatkan taraf ekonomi rakyat Sabah.
“Kerajaan komited menzahirkan matlamat ditetapkan menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) dalam usaha memantapkan kedudukan negara sebagai antara ekonomi utama Asia,” katanya berucap melancarkan Hari Terbuka SDC – Program Koridor dan Bandar Utama di Magellan Sutera Harbour Resort di sini, semalam.
Kerajaan komited zahirkan matlamat ditetapkan menerusi ETP dalam usaha memantapkan kedudukan negara sebagai antara ekonomi utama Asia. - Najib Razak, Perdana Menteri
Di SIPITANG, Najib berkata, janji pembangkang menaikkan royalti minyak kepada 20 peratus untuk Sabah mustahil dilaksana kerana peningkatan royalti kepada satu negeri dengan sendirinya menjejaskan peruntukan lain.

Menyifatkannya gimik pilihan raya, Najib berkata, royalti minyak tidak boleh diagih berasingan, sebaliknya perlu dilihat dalam konteks menyeluruh dengan mengambil kira pendapatan negara dan peratusan diagih kepada Sabah serta negeri lain bagi program pembangunan.

Wednesday, February 15, 2012

Najib mulakan lawatan dua hari ke Sabah

SIPITANG: Datuk Seri Najib Razak tiba hari ini untuk lawatan dua hari ke Sabah. Antara atur cara Perdana Menteri ialah merasmikan majlis pecah tanah projek Sabah Ammonia Urea (SAMUR) bernilai RM4.5 bilion, di sini. 

Beliau kemudian berlepas ke Kota Kinabalu bagi melancarkan Hari Terbuka Koridor Pembangunan Sabah - Program Koridor dan Bandar Raya Serantau


Perdana Menteri juga dijadual mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.
Pada petangnya Najib akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin Barisan Nasional Sabah. - BERNAMA

Friday, February 3, 2012

Ops Nyah Sabah Daerah Papar

Ops Nyah Sabah Daerah Papar. Satu operasi dijalankan di Daerah Papar oleh PDRM dengan bantuan anggota RELA telah berjaya menangkap seramai 55 orang PTI di kawasan Kimanis, Papar. Operasi yang bermula jam 3 pagi ini berakhir pada jam 6 pagi. Operasi diketuai oleh seorang pegawai dan 30 anggota.

Wednesday, February 1, 2012

Sabah luluskan Pelan Induk Perparitan Putatan

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah meluluskan Pelan Induk Perparitan Putatan yang merangkumi pelbagai strategi bagi mengelak berlakunya banjir kilat di daerah itu yang terletak di pinggiran bandaraya Kota Kinabalu. 

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin, berkata pejabat daerah Putatan kini hanya menunggu peruntukan kerajaan bagi melaksanakan pelan induk berkenaan.
"Mungkin ia mengambil masa sedikit kerana kerajaan juga mempunyai keutamaan dalam melaksanakan pelbagai projek pembangunan sistem perparitan di daerah lain di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Tahun Baru Cina SJK (C) Hwa Shiong, Putatan dekat sini, hari ini.

Monday, November 21, 2011

Kepelbagaian seni bina Sabah

MENARIK...pelajari budaya dan kehidupan pelbagai suku kaum di Mari Mari Cultural Village.
MENARIK...pelajari budaya dan kehidupan pelbagai suku kaum di Mari Mari Cultural Village.
KEPELBAGAIAN suku kaum etnik di negeri di bawah bayu, Sabah menjadikan ia negeri yang unik dan kaya dengan budaya.
Untuk melihat sendiri kehidupan semua suku kaum yang ada itu, ia pasti mengambil masa lama.

Gambar di atas :
SEGAK...rakan media, Mohd Al Qayum Azizi mencuba pakaian pengantin lelaki masyarakat Bajau.
 Gambar diatas:
PENYAMBUNG...jambatan gantung sebagai tanda bermulanya pengembaraan di perkampungan yang unik itu.

Gambar diatas:
SIHAT...air halia dimasak dengan daun pandan di Rumah Bajau menyegarkan badan dan menghilang dahaga.


Gambar diatas : UNIK...pakaian suku kaum Rungus yang unik
 
Justeru, banyak tempat yang dibangunkan untuk memperlihatkan kehidupan dan kebudayaan suku kaum yang ada di negeri itu, antaranya Monsopiad Cultural Village dan Kampung Warisan di Muzium Sabah.

Kedua-dua tempat itu popular dan sentiasa dikunjungi masyarakat tempatan dan antarabangsa.


Mahukan destinasi baru yang mempamerkan kehidupan, budaya dan keunikan seni bina rumah tradisional lima suku kaum iaitu Dusun, Rungus, Lundayah, Bajau dan Murut?

Apa kata anda berkunjung ke Mari Mari Cultural Village di Inanam, Kota Kinabalu, berhampiran air terjun yang cukup popular di daerah itu iaitu Air Terjun Kiansom.

Hanya mengambil masa selama 25 minit dari pusat bandar, Mari Mari Cultural Village yang baru beroperasi selama tiga tahun itu menjanjikan kelainan buat pengunjung.

Penulis sendiri yang juga anak jati negeri di bawah bayu tidak akan tahu kewujudan tempat yang cukup mengujakan itu jika tidak mengikuti Program AirAsia Media FAM Trip ke Sabah anjuran AirAsia, baru-baru.

Di perkampungan itu, pengunjung bukan saja melihat seni bina rumah tradisional lima suku kaum iaitu Dusun, Rungus, Lundayah, Bajau dan Murut tetapi kehidupan dan aktiviti seharian mereka.

Dikelilingi dengan kehijauan alam semula jadi dengan sebatang sungai yang mengalir di kawasan perkampungan itu cukup mendamaikan.

Sebelum memulakan kunjungan, kami diingatkan supaya tidak memasukkan tangan di dalam poket kerana boleh menyebabkan penduduk kampung salah faham sekali gus membuatkan mereka berasa pengunjung membawa sesuatu yang boleh mengancam nyawa.

Pantang larang itu sedikit menakutkan tetapi menguatkan lagi perasaan ingin tahu apa sebenarnya ada di dalam Mari Mari Cultural Village itu.

Apabila taklimat dan ketua kumpulan dipilih, kami bersedia meneroka apa yang disediakan di perkampungan itu.

Selepas merentas jambatan gantung, tiba-tiba kedengaran jeritan yang entah dari mana dan seorang tua berpakaian serba hitam berdiri menunggu kedatangan kami si simpang jalan bersama ketua kampung.

Hati kian berdebar-debar dan tertanya siapakah orang tua itu? Kami bertanya kepada Pengurus Operasi Mari Mari Cultural Village, Lydia.

Menurut Lydia, orang tua yang berpakaian serba hitam itu ialah Bobolian (Dusun) atau Bobolizan (Kadazan) iaitu dukun yang bertanggungjawab menjaga kesejahteraan kampung serta gangguan daripada anasir luar.

Selesai upacara mengambil restu dari Bobolian, kami meneruskan langkah ke perhentian pertama iaitu Rumah Dusun atau juga Kadazan Dusun.

Ketika kunjungan kami ke sana, rumah Dusun itu sedang dibaik pulih. Kami singgah di pondok yang membuat demonstrasi memasak ayam dalam buluh dan berpeluang mencuba kemahiran itu.

Selesai memasak, kami ke pondok seterusnya iaitu tempat menyediakan arak beras atau air tapai. Semua kelengkapan yang digunakan diperbuat dari buluh.

Kami turut singgah di Rumah Panjang Rungus yang sangat popular dengan madu.
Lantainya daripada bambu dan dindingnya dari kulit kayu.

Awalnya, rumah ini hanya memiliki satu bilik dan didiami suami isteri. Namun, apabila anak-anak dewasa dan berkahwin, rumah itu akan ditambah dan menjadikan rumah panjang.

Setiap bilik dilengkapi �dengan dapur dan tempat tidur. Apabila mencecah 12 tahun, bagi yang lelaki mereka akan tidur di luar manakala perempuan tidur bersama ibu bapa.

Selain merasa keaslian madu�nya, pengunjung juga diperlihatkan cara menghidupkan api menggunakan bambu.

Rumah suku kaum Lundayah berbeza dengan Rumah Panjang Rungus.

Di rumah Lundayah, pengunjung boleh melihat keunikan seni bina rumahnya di mana, atap di ruang tamunya boleh dibuka untuk mengambil angin malam.

Ia hanya ada satu bilik tidur. Untuk lelaki pula, mereka tidur di ruang tamu manakala perempuan tidur di atas bagi menjaga keselamatan.

Untuk turun ke tandas atau ketika siang, mereka menggunakan tangga yang diberikan bapa mereka.

Selepas melihat keadaan dalaman rumah, pengunjung boleh melihat cara membuat pakaian dari kulit kayu di Rumah Lundayah itu.

Melalui jambatan kecil dan menaiki sedikit anak tangga, kami sampai di Rumah Bajau.

Sebelum menaiki rumah yang agak tinggi dengan tangga yang unik itu, kami melihat cara membuat kuih jala dan air halia pandan.

Rumah Bajau berbeza berbanding rumah tradisional lain kerana tiada bilik sebaliknya meng�gunakan tirai dari kain.

Di dalam rumah itu juga tersedia pelamin ala Bajau yang berwarna warni dan pengunjung boleh menggunakan pakaian tradisional kaum Bajau ketika bersanding.

Di rumah Murut, pengunjung boleh mencuba menyumpit selain membuat tatu.

Penat berjalan, kami dihiburkan dengan persembahan tarian tradisional etnik-etnik di negeri di Bawah Bayu ini sebelum ke restoran yang menghidangkan pelbagai hidangan menarik dan kedai cenderamata.

Meluangkan masa lebih kurang 45 minit di perkampungan yang unik itu memang tidak sia-sia. Banyak yang boleh dipelajari selain mengalami sendiri kehidupan suku kaum Bajau, Rungus, Lundayah, Bajau dan Murut.

Maklumat lanjut, hubungi talian 088-260501/088-260502 atau melayari laman web www.traversetours.com.



INFO:


  • Hanya mengambil masa 25 minit untuk dari bandaraya Kota Kinabalu.

  • Perkampungan yang memperlihatkan keunikan budaya dan kehidupan masyarakat Dusun, Rungus, Lundayah, Bajau dan Murut.

  • Mula beroperasi tiga tahun lalu dan hanya tiga trip sehari ke perkampungan itu.

  • Bobolian atau Bobolizan ibarat dukun satu ketika dulu yang menjadi tempat rujukan apabila masyarakatnya menghadapi masalah kesihatan dan sebagainya.

  • Mari Mari Cultural Village memperlihatkan seni bina rumah tradisional selain kehidupan simulasi zaman dahulu oleh penduduk kampung.


    Larangan ketika berada di dalam kawasan kampungan:

  • Tidak boleh merokok

  • Tidak boleh membuang sampah

  • Tidak boleh memindah atau mengambil apa pun di dalam kawasan kampung

    Traverse Tours Sdn Bhd
    Wisma Sabah, Lot 227-229, 2nd Floor
    Jalan Tun Fuad Stephen
    88000 Kota Kinabalu, Sabah
    Tel : 088-260501, 088-260502
    Fax : 088-261503
    Hotline : 019-8204921
    E-mel: sales@traversetours.com
    Laman web: http://www.traversetours.com