KOTA KINABALU - Semua mata kini tertumpu kepada lawatan bersejarah pasangan diraja Britain, Duke dan Duchess of Cambridge ke negeri di Bawah Bayu ini esok.
Rata-rata rakyat Sabah khususnya warga bandar raya Kota Kinabalu gembira dan teruja dengan berita kunjungan pasangan diraja itu, Putera William dan Kate Middleton yang bakal menjadi kenyataan.
Menurut mereka lawatan itu pasti memberi peluang kepada rakyat negeri ini untuk melihat atau menatap dari dekat wajah pasangan diraja yang terkenal itu.
"Sudah tentu peristiwa itu akan sentiasa dikenang oleh rakyat di negeri ini sampai berkurun-kurun...siapa tidak kenal pasangan diraja itu...ia adalah memori indah yang akan tersemat di setiap sanubari rakyat Sabah," kata Nirona Yon, pelajar tingkatan enam SM All Saints, dekat sini.
Katanya lawatan William dan Kate merupakan satu penghormatan kepada Sabah, dan rakyat negeri ini seharusnya berbangga kerana menjadi negeri pilihan sempena lawatan pasangan diraja itu ke rantau ini.
Mengikut atur cara program, selain bandar raya Kota Kinabalu, pasangan diraja itu dijadual melakukan lawatan ke Lembah Danum untuk melihat usaha pemuliharaan di salah satu hutan hujan tropika utama di Sabah.
Penjawat awam dari Sabah Shaaron Aloysius, 36, menyifatkan bandar raya Kota Kinabalu ini amat bertuah kerana turut disenarai menjadi lokasi pilihan pasangan diraja yang terkenal itu.
"Ini menunjukkan Sabah terkenal hingga ke pelusuk dunia (England) dan usaha-usaha penyelidikan di Danum Valley menjadi tarikan pasangan berkenaan untuk menyaksikan sendiri penglibatan para penyelidik yang turut dipercayai melibatkan universiti dari negara England itu," katanya kepada Bernama.
Sehubungan itu, Shaaron meminta rakyat di negeri ini agar tidak mensia-siakan keindahan khazanah alam sekitar yang ada untuk manfaat generasi akan datang.
Beliau yang berasal dari Penampang itu berkata Sabah harus dikekalkan sebagai 'pintu masuk' pelancong yang terkemuka berikutan negeri ini mempunyai kepelbagaian destinasi pelancongan menarik.
Seorang peniaga restoran Stephanie Albert berkata kunjungan diraja itu pasti menggembirakan rakyat Sabah yang berpeluang melihat tetamu istimewa itu dari dekat.
Katanya rakyat Sabah seharusnya sentiasa mensyukuri keamanan dan kemakmuran yang dikecapi kini memandangkan negeri ini semakin dikenali di mata dunia termasuk menyaksikan kedatangan pelancongan asing dan lawatan diraja ini.- Bernama